Skip to main content

Dunia

Pakatan Harapan sentiasa jaga hak Melayu, Islam

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Malaysia akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan sentiasa jaga hak Melayu, Islam

Timbalan Presiden Pakatan Harapan Muhyiddin Yassin semasa berucap di majlis Bicara Rakyat di Sungai Kembung Hilir. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 07:33AM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 07:35AM

SEMENYIH: Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Malaysia akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Encik Muhyiddin menarik perhatian bahawa kerajaan PH ketika ini dituduh menjual hak orang Melayu, dan agama Islam, apabila melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang saya nak katakan, tindakan kerajaan PH tidak bercanggah dengan perlembagaan negara," kata beliau semasa berucap di majlis Bicara Rakyat di Sungai Kembung Hilir semalam (26 Feb), dalam siri kempen PH menjelang pilihan raya kecil Semenyih pada 2 Mac.

Encik Muhyiddin berkata kerajaan sedia dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak yang mendakwa apa yang dilakukan oleh kerajaan itu bercanggah dengan perlembangan negara, kerana kerajaan mengetahui hakikatnya bukan begitu.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Mohamed Nazri Aziz dikatakan mempersoalkan beberapa pelantikan itu, ketika berkempen pada Sabtu (23 Feb).

Pada Selasa (26 Feb), Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis sedang menyiasat Encik Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan.

Encik Muhyiddin seterusnya berkata soal bangsa bukan kriteria utama dalam memegang jawatan, tetapi mereka perlu beramanah dan bertanggungjawab.

Katanya, menteri kewangan sebelum ini terdiri daripada kalangan Melayu, namun ramai yang melihatnya seolah-olah menjatuhkan nama bangsa sendiri. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita