Skip to main content

Dunia

Pakatan Harapan pertahan Kuala Kubu Baharu dalam Pilihan Raya Kecil

Anggaran Waktu Membaca:
HULU SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

Cik Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya, dipetik daripada agensi berita Astro Awani.

Sementara itu, pencabar utama Cik Sock Tao daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 10,131 undi.

Dua lagi calon iaitu Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas) masing-masing memperoleh 152 dan 188 undi.

Keputusan rasmi PRK DUN Kuala Kubu Baharu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada Sabtu malam (11 Mei), lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Encik Yuhanas memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK kali ini ialah 61.51 peratus.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58 tahun, pada 21 Mac lalu akibat barah. Pada PRN lalu, Encik Kee Hiong dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita