Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan menang pilihan raya kecil Balakong

Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini (8 Sep) berjaya mempertahankan kerusi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan menang pilihan raya kecil Balakong

Cik Wong Siew Ki. (Gambar: Wong Siew Ki/Facebook)

Diterbitkan : 08 Sep 2018 10:55PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 11:00PM

BANGI: Pakatan Harapan (PH) yang julung kali bertanding atas lambang sendiri pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong hari ini (8 Sep) berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi mereka atas logo parti komponennya PKR pada pilihan raya umum Mei lalu.

Calon PH, Cik Wong Siew Ki, 32 tahun, menang dengan majoriti 18,533 undi mengatasi calon MCA yang juga bertanding atas logo sendiri, Encik Tan Chee Teong, 40 tahun.

Cik Wong meraih 22,508 undi berbanding Encik Tan yang hanya memperoleh 3,975 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Balakong Encik Rosli Othman di Dewan Demesne, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, pada sekitar 8.30 malam tadi (8 Sep).
 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan