Pakatan Harapan dijangka umum hasil rundingan agihan kerusi dalam sebulan dua
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengumumkan hasil rundingan agihan kerusi yang akan ditandingi gabungan politik itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam sebulan atau dua bulan lagi.
Pengarah Komunikasi PH, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata rundingan itu termasuklah menentukan parti mana yang akan bertanding di kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU14.
Bersatu sebelum ini adalah sebahagian daripada PH dan pada 24 Feb 2020, parti itu mengumumkan keluar daripada gabungan itu.
“Selepas itu terpulang kepada parti masing-masing untuk mengumumkan calon,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur pada 7 Sep.
PH kini dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Sementara itu, Encik Ahmad Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata Majlis Presiden PH juga setakat ini belum membincangkan mengenai kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diterajui Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Syed Saddiq pada Isnin lepas (5 Sep) dilapor berkata MUDA bersedia untuk bekerjasama dengan PH pada PRU15 akan datang.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.