Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan Harapan akan rayu keputusan Agong lantik Muhyiddin

Pakatan Harapan merancang melakukan rayuan terhadap keputusan Yang di Pertuan Agong untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakatan Harapan akan rayu keputusan Agong lantik Muhyiddin

Dr Mahathir Mohamad (kanan) dan Muhyiddin Yassin di sidang media di Kuala Lumpur pada 4 Mac 2016. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 29 Feb 2020 09:38PM Dikemas Kini : 29 Feb 2020 09:43PM

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan merancang melakukan rayuan terhadap keputusan Yang di Pertuan Agong untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.

PH percaya mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad masih mendapat sokongan majoriti ahli parlimen (AP).

Akhbar Star melaporkan setakat 4 petang, PH mendapat sekitar 112 akuan bersumpah yang ditandatangani menyokong calon pilihan mereka, Dr Mahathir, menukil Encik Salahuddin Ayub, timbalan presiden Parti Amanah Negara - salah satu daripada tiga parti komponen PH.

Encik Salahuddin berkata demikian kepada para wartawan di luar bangunan Yayasan Albukhary, di mana pemimpin perikatan itu dikatakan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.

Encik Muhyiddin Yasin dilaporkan memperoleh sokongan 114 AP yang membolehkan beliau diberi perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan ketika ditemui media di pekarangan kediaman Encik Muhyiddin.

“Beliau dapat 114 sokongan (Ahli Parlimen). Ini bukan kerajaan minoriti, tapi majoriti daripada 222 (Ahli Parlimen),” katanya seperti dinukil Malaysian Insight.

Beliau berkata, gabungan itu akan membentuk kerajaan dan PAS akan menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama Muafakat Nasional (MN).

Dalam satu rakaman video di Facebook, Encik Muhyiddin mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada AP Bersatu, BN, PAS and Gabungan Parti Sarawak, selain beberapa AP bebas.

“Pastinya ini adalah detik bersejarah...saya ucapkan terima kasih (atas sokongan) dan ini satu beban tanggungjawab yang besar, yang harus kita pikul dan saya bersama-sama pikul (untuk melaksanakan tanggungjawab),”ujar beliau.

Sumber : Agensi berita/CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan