Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakatan diterajui Britain sediakan sistem anti-dron kepada Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Sekumpulan negara-negara Eropah, yang diterajui Britain, mendedahkan pada Jumaat (18 Ogos) bahawa ia akan menyediakan peralatan pertahanan udara bernilai sekitar 90 juta paun (S$155.7 juta) bagi membantu Ukraine mempertahankan diri daripada serangan Rusia.

Ia termasuk kontrak 56 juta paun (S$97 juta) dengan syarikat pertahanan Norway Kongsberg bagi menyediakan sistem kenderaan Cortex Typhon, yang digunakan untuk mengesan dan memusnahkan dron.

"Sistem pertahanan udara ini mempunyai keupayaan dan fleksibiliti untuk dikerahkan dengan pantas sama ada untuk melindungi penduduk Ukraine dan prasarana, atau digunakan di barisan hadapan," kata Menteri Pertahanan Britain Ben Wallace.

Dana Antarabangsa bagi Ukraine - kumpulan negara termasuk Britain, Norway, Belanda, Denmark dan Sweden - juga bersetuju untuk menandatangani dua lagi kontrak bagi peralatan pertahanan udara, yang akan didedahkan pada tarikh lain.

Kedua-dua Ukraine dan Rusia sudah meningkatkan serangan terhadap tentera satu sama lain sejak kebelakangan ini sedang Ukraine cuba mengusir tentera Rusia yang cuba menakluk bahagian selatan dan timur Ukraine sejak pencerobohan Rusia berlaku tahun lalu.

Odesa, pelabuhan dan pangkalan tentera laut terbesar di Ukraine, berulang kali diserang dengan peluru berpandu dan dron selepas Rusia menarik diri daripada perjanjian yang membolehkan bijirin dihantar dari pelabuhan Ukraine pada bulan Julai.
Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan