Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar persoal punca nahas Jeju Air, termasuk langgar burung

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar persoal punca nahas Jeju Air, termasuk langgar burung

(Gambar: AFP/YONHAP)

Diterbitkan : 29 Dec 2024 09:35PM Dikemas Kini : 29 Dec 2024 09:38PM
SEOUL: Ketidakpastian menyelubungi nahas paling buruk di Korea Selatan, kata pakar pada Ahad (29 Dis).

Pakar mempersoalkan cadangan awal bahawa kesan daripada pelanggaran burung mungkin menyebabkan nahas penerbangan Jeju Air 7C2216.

Kerosakan pada fungsi gear pendaratan, waktu pesawat Boeing 737-800 enjin berkembar itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, dan laporan kemungkinan berlaku pelanggaran dengan burung menimbulkan persoalan yang belum dapat dijawab.

Pesawat dengan satu lorong itu dilihat dalam rakaman video melalui media tempatan tergelincir di landasan tanpa gear pendaratan, sebelum merempuh sebuah tembok dan meletup.

Pegawai Korea Selatan berkata mereka sedang menyiasat punca nahas, termasuk kesan daripada pelanggaran burung, yang membunuh hampir semua 181 penumpang.
 
Perakam data penerbangan tersebut ditemui pada pukul 11:30 pagi (0230 GMT), kira-kira dua setengah jam selepas nahas, dan perakam suara kokpit ditemui pada pukul 2:24 petang, dedah Kementerian Pengangkutan Korea Selatan.

"Ia memberi anda segala faktor sistem pesawat. Nadi pesawat adalah pada perakam data penerbangan," kata pengarang Airline News Geoffrey Thomas.

"Perakam suara mungkin akan memberikan analisis paling menarik tentang apa yang berlaku ketika kemalangan tragis itu."

Pakar berkata pelanggaran dengan burung tidak mungkin menyebabkan gear pendaratan gagal berfungsi.

"Pelanggaran burung bukan perkara yang luar biasa, masalah dengan bahagian bawah pesawat bukan perkara luar biasa. Pelanggaran dengan burung sering berlaku, tetapi biasanya ia tidak menyebabkan nahas kapal terbang," kata Encik Thomas.

Pakar keselamatan syarikat penerbangan Australia Geoffrey Dell berkata, "Saya tidak pernah melihat pelanggaran burung menghalang gear pendaratan daripada dikeluarkan."
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan