Pakar pediatrik Korea Selatan tersilap suntik bayi 7 bulan vaksin COVID-19
Seorang bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya menerima suntikan untuk dos selesema secara tidak sengaja diberikan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu (18 Dis).
SEONGNAM: Seorang bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya menerima suntikan untuk dos selesema secara tidak sengaja diberikan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu (18 Dis).
Menurut pihak berkuasa, pada 29 Sep lalu seorang pakar pediatrik di Seongnam, di selatan Seoul, tersilap memberi suntikan vaksin Moderna kepada bayi berkenaan, vaksin itu sepatutnya untuk disuntik kepada ibu bayi itu.
Bayi itu dirawat di hospital berhampiran selama lima hari tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan.
Ibu bapa bayi itu dilaporkan telah memfailkan saman dan menuntut pampasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.