Pakar PBB seru tindakan selepas setahun konflik Israel-Hamas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: RONALDO SCHEMIDT / AFP)
ATHENS: Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (7 Okt) menyeru tindakan segera untuk menamatkan kitaran keganasan dan mendesak kebertanggungjawaban selepas setahun konflik Israel-Hamas, lapor Agensi Anadolu.
Pakar itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tahun lepas menyaksikan peningkatan krisis yang dahsyat dalam penderitaan manusia dengan kesan yang teruk terhadap rakyat Palestin, rakyat Israel dan seluruh rantau Timur Tengah.
"Pelanggaran serius undang-undang antarabangsa seperti pembunuhan, menjadikan objek awam sasaran serangan, serangan tidak seimbang dan sebarangan, kebuluran, pemindahan secara paksa, pengusiran sewenang-wenangnya, keganasan seksual, penganiayaan serta penghinaan terhadap nyawa dan maruah, termasuk tidak menghormati mayat yang dilakukan oleh tentera Israel sejak bermulanya konflik di Gaza pada Oktober 2023 merupakan jenayah perang dan mungkin jenayah terhadap kemanusiaan," kata pakar.
Menarik perhatian kepada latar belakang sejarah dan politik pada 7 Oktober, pakar itu berkata "dikaburkan oleh naratif palsu dan diskriminasi bertahun-tahun, pengasingan kaum dan/atau apartheid yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, seperti yang diakui oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 19 Julai 2024.
Menurut mereka, konflik itu berisiko membawa kepada pemadaman kehadiran rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki serta realiti tidak berkesudahan mengenai keadaan yang tidak terjamin dan penderitaan besar bagi rakyat Palestin dan Israel.
Mereka juga menggesa masyarakat antarabangsa memastikan penghentian pemindahan senjata oleh negara dan syarikat kepada Israel "untuk mengelakkan tanggungjawab dalam jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan secara bersubahat."
Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Carikan Gaza bermula pada 7 Oktober tahun lalu, walaupun terdapat ketatapan Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera.
Hampir 42,000 orang terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 97,100 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.