Pakar PBB seru siasat dakwaan pencabulan serius hak asasi manusia terhadap wanita dan gadis Palestin
Pakar-pakar bebas PBB menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang disebut sebagai dakwaan yang boleh dipercayai mengenai pencabulan serius hak asasi manusia yang dilakukan pihak Israel terhadap kaum wanita dan gadis Palestin di Tebing Barat dan Carikan Gaza.
Dalam kenyataannya, tujuh pakar PBB itu menyeru supaya siasatan segera dilakukan terhadap dakwaan tersebut.
Menurut mereka dakwaan pelanggaran hak asasi manusia itu termasuk pembunuhan dan serangan seksual.
Pakar-pakar itu merujuk kepada laporan mengenai wanita-wanita serta gadis Palestin yang dikatakan dibunuh di Gaza, selalunya bersama dengan anggota keluarga mereka termasuk kanak-kanak.
Mereka juga merujuk kepada tindakan Israel menangkap ratusan wanita dan gadis Palestin termasuk pejuang hak asasi manusia serta wartawan.
Wanita-wanita yang ditangkap itu dilaporkan dilayan dengan buruk termasuk dibelasah dan tidak diberi makan.
Malahan ada tahanan wanita dilaporkan diperkosa.
Misi diplomatik Israel di Geneva telah membidas laporan itu dan menyifatkannya sebagai keji, tidak berasas dan didorong oleh rasa benci terhadap Israel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.