Pakar PBB sambut baik keputusan M'sia mansuh hukuman mati mandatori
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia untuk membatalkan hukuman mati mandatori bagi pelbagai jenayah berat.
Mereka berkata keputusan itu dapat menyelamatkan nyawa 1,300 banduan daripada hukuman mati.
“Keputusan itu menyokong trend global ke arah pemansuhan sejagat. Hukuman mati tidak sesuai dengan maruah dan prinsip asas hak asasi manusia,” memetik kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) pada Selasa (11 Apr).
Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.
Menurut para pakar, undang-undang baru itu akan terpakai secara retroaktif, membenarkan mereka yang dihukum mati untuk mengemukakan semakan semula hukuman dalam tempoh 90 hari.
“Dengan keputusan ini, Malaysia menghantar isyarat kuat menyokong pemansuhan hukuman mati di rantau yang kerap mengenakan hukuman mati untuk pelbagai jenayah seperti kesalahan berkaitan dadah,” kata pakar.
Keputusan itu diharap akan merintis jalan kepada pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di Malaysia dan akhirnya di seluruh rantau ini.
“Sementara menunggu pelaksanaan sepenuhnya undang-undang ini dalam beberapa bulan akan datang, kami akan terus menyokong Malaysia dalam usahanya ke arah pemansuhan, termasuk menyokong ratifikasi dan pelaksanaan Protokol Tambahan Kedua bagi Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia dan Politik yang bertujuan untuk pemansuhan hukuman mati,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.