Pakar kesihatan Malaysia gesa orang ramai ambil langkah pencegahan batuk kering semasa musim perayaan
Orang ramai digesa mengambil langkah pencegahan untuk mengelak daripada terkena penyakit batuk kering atau tuberkulosis sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Aidilfitri, kerana peningkatan perhimpunan dalam rumah dan kontak rapat boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa mengambil langkah pencegahan untuk mengelak daripada terkena penyakit batuk kering atau tuberkulosis sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Aidilfitri, kerana peningkatan perhimpunan dalam rumah dan kontak rapat boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan mudah, termasuk memakai pelitup muka di persekitaran tertutup yang sesak, meningkatkan pengudaraan di dalam rumah dan tempat acara serta mengelakkan kunjungan jika mengalami gejala.
“Seorang individu yang berjangkit tanpa disedari boleh menjangkiti ramai individu lain. Kajian di kawasan yang mempunyai jangkitan tinggi menunjukkan bahawa lebih daripada 80 peratus penularan berlaku di luar isi rumah.
"Kita perlu memandang serius ancaman batuk kering terutamanya warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik, yang mudah terdedah," kata beliau dalam kenyataannya pada Isnin (16 Feb).
Encik Azrul berkata batuk kering merebak melalui udara apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin, bercakap atau menyanyi. Penularan boleh berlaku di rumah yang sesak, pengangkutan awam, tempat kerja, asrama dan tempat ibadat.
"Jika anda mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, batuk berdarah atau penurunan berat badan yang cepat, jangan abaikan atau cuba berubat sendiri. Pakai pelitup muka, dapatkan rawatan segera dan elakkan melawat orang lain," kata Encik Azrul.
"Batuk kering boleh dirawat secara berkesan dengan antibiotik, tetapi rawatan penuh mesti dilengkapkan. Terlepas dos boleh meningkatkan risiko kerintangan ubat, yang lebih sukar dan mahal untuk dirawat serta menimbulkan risiko yang lebih besar kepada pesakit dan masyarakat," kata beliau.
Sepanjang lima tahun lalu, kes batuk kering di Malaysia menunjukkan trend peningkatan yang stabil, dengan lebih daripada 26,000 kes direkodkan pada 2024. Pada tahun yang sama, 2,580 kematian berkaitan batuk kering dilaporkan daripada 26,183 kes.
PECAHAN BILANGAN KES MENGIKUT NEGERI
Kementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan situasi penyakit tuberkulosis yang berlaku di negara itu sehingga Minggu Epidemiologi ke-5 (ME 5/2026).
Sebanyak 503 kes baharu dikesan, menjadikan bilangan kes keseluruhan sebanyak 2,571 kes. Pecahan bilangan kes mengikut negeri adalah seperti berikut:
● 614 kes (23.88%) di Sabah;
● 476 kes (18.51%) di Selangor;
● 257 kes (10.00%) di Sarawak;
● 233 kes (9.06%) di Johor;
● 202 kes (7.86%) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya;
● 148 kes (5.76%) di Pulau Pinang;
● 144 kes (5.60%) di Kedah;
● 127 kes (4.94%) di Perak;
● 96 kes (3.73%) di Kelantan;
● 81 kes (3.15%) di Pahang ;
● 60 kes (2.33%) di Terengganu;
● 58 kes (2.26%) di Negeri Sembilan;
● 42 kes (1.63%) di Melaka;
● 17 kes (0.66%) di Perlis; dan
● 16 kes (0.62%) di Wilayah Persekutuan Labuan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.