Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum boleh dianggap endemik

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum boleh dianggap endemik

(Gambar: Tuwaedaniya Meringing/AFP)

Diterbitkan : 11 May 2022 02:56PM Dikemas Kini : 11 May 2022 02:57PM

LOS ANGELES: Pakar kesihatan berpendapat COVID-19 belum lagi menjadi endemik, lapor Xinhua yang memetik surat khabar Amerika, USA Today.

Meskipun pakar kesihatan menjangkakan bilangan kes meningkat, mereka berkata gelombang itu tidak akan seteruk dua musim panas sebelumnya atau sepantas lonjakan varian Omicron, menurut laporan tersebut.

Ancaman koronavirus tidak dapat dijangkakan bagi musim panas ini tetapi pakar mempunyai beberapa teori.

Senario kes terburuk adalah kemunculan varian yang tidak boleh ditumpaskan oleh vaksin dan jangkitan sebelumnya, lantas menyebabkan gelombang besar kes, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut laporan yang dikeluarkan pada Isnin (9 Mei).

"Lonjakan penuh sepanjang musim panas sangat bergantung kepada varian yang muncul sepenuhnya. Ia cenderung menjadi pencetus terbesar yang menyumbangkan kepada lonjakan kes," kata profesor epidemiologi di Institut Kesihatan Awam Bloomberg Johns Hopkins, Dr Keri Althoff.

Menurut beliau, "varian itu mudah menjangkiti mereka yang tidak divaksin dan kumpulan itu lebih berisiko dimasukkan ke hospital serta kehilangan nyawa".

Senario terbaik adalah tahap jangkitan rendah yang berterusan dan tiada varian baru, tambah laporan itu.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa fasa endemik masih jauh sehingga COVID-19 akan menjadi seperti selesema bermusim, dengan tempoh sakit selama satu atau dua minggu, namun berisiko rendah untuk menjadi penyakit teruk atau menyebabkan kematian.

Menurut Dr Althoff, saintis masih menentukan tahap penularan yang boleh diterima untuk COVID-19 dianggap sebagai endemik.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan