Skip to main content

Dunia

Pakar: Kaum Arab yang dahulu temui Amerika Syarikat, bukan Columbus

Demikian dakwaan daripada Profesor bahasa purba di Univerisiti Raja Saud dan pengkaji di Pusat Raja Faisal bagi Pengkajian dan pengajian, Suleiman Al-Deeb.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar: Kaum Arab yang dahulu temui Amerika Syarikat, bukan Columbus

Peta Amerika Syarikat. Sumber: Google Map

Diterbitkan : 08 Jun 2016 11:10PM Dikemas Kini : 08 Jun 2016 11:22PM

BURAIDAH, ARAB SAUDI: Bukan Christopher Columbus yang pertama temui benua Amerika Syarikat, tapi orang orang Arab!

Demikian dakwaan daripada Profesor bahasa purba di Univerisiti Raja Saud dan pengkaji di Pusat Raja Faisal bagi Pengkajian dan pengajian, Suleiman Al-Deeb.

Beliau mendakwa bahawa Amerika Syarikat ditemui terlebih dahulu oleh suku bangsa Arab Thamudic sebelum Christopher Columbus ke sana pada abad ke-15.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan dalam satu laman web, Prof Al-Deeb berkata beliau antara 15 orang dari pelbagai bahagian di dunia yang membincangkan satu ukiran yang dijumpai di sebuah pangkalan tentera di Colorado.

Teks tersebut dibaca dan didapati bahasa Arab Thamudic yang sama seperti yang dijumpai di Semenanjung Arab, menurut laporan Arab News.

WUJUD PENGHIJRAHAN ARAB KE AMERIKA 500 TAHUN SEBELUM COLUMBUS

Menurut laporan Arab News lagi, Prof Al-Deeb berkata ukiran tersebut adalah dari abad ke-10 dan ini mengandaikan bahawa adanya penghijrahan orang Arab ke sana semasa zaman tersebut.

Beliau juga berkata tiada masala untuk beliau membaca teks Thamudic itu yang dikirim kepadanya dari AS.

Prof Al-Deeb menjelaskan bahawa ada cebisan batu di Semenanjung Arab khususnya di Arab Saudi yang mempunyai ukiran yang berusia lebih daripada 3,000 tahun.

Menurut Prof Al-Deeb ukiran pada cebisan batu itu adalah satu bentuk karya seni yang mencatatkan kehidupan, agama, makanan dan minimum bangsa tersebut pada zaman itu.

Christopher Columbus dikatakan menemui Amerika Syarikat pada 1492 semasa menerajui ekspedisi laut rentas Atlantik, yang berpangkalan di Sepanyol.

Ekspedisi itulah yang dikatakan membawa kepada penemuan Amerika Syarikat. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita