Skip to main content

Dunia

Pakar beri amaran satu lagi tsunami mungkin landa Indonesia

Pakar-pakar memberi amaran satu lagi tsunami mungkin akan melanda Indonesia pada Ahad (23 Dis), sehari selepas lebih 200 orang terkorban dalam bencana yang dicetuskan satu letusan gunung berapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakar beri amaran satu lagi tsunami mungkin landa Indonesia

Keadaan di sekitar kawasan yang dibadai tsunami. (Gambar: Fauzy Chaniago/AP)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 10:18AM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 10:21AM

PARIS: Pakar-pakar memberi amaran satu lagi tsunami mungkin akan melanda Indonesia pada Ahad (23 Dis), sehari selepas lebih 200 orang terkorban dalam bencana yang dicetuskan satu letusan gunung berapi.

"Kemungkinan tsunami berlaku lagi di Selat Sunda kekal tinggi sedang gunung berapi Anak Krakatau melalui fasa aktif kerana itu boleh menyebabkan lebih banyak gelongsoran tanah di bawah permukaan air," kata Encik Richard Teeuw, seorang pakar di Universiti Portsmouth di England.

Seorang lagi pakar dari Universiti Paris-South, Jacques-Marie Bardintzeff pula memberi amaran bahawa "orang ramai perlu berhati-hati kerana gunung berapi itu tidak stabil".

Encik Teeuw berkata, tinjauan sonar perlu dijalankan untuk memantau dasar laut di sekitar gunung berapi tersebut tetapi "malangnya tinjauan kapal selam lazimnya mengambil masa berbulan-bulan untuk dirancang dan dijalankan," tambah beliau.

"Tsunami yang membawa kemusnahan akibat letusan gunung berapi jarang berlaku; salah satu yang terkenal (dan membawa maut) disebabkan letusan Krakatau pada 1883."  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita