Skip to main content

Dunia

Pakar bedah di AS sarankan penggunaan dron untuk hantar organ manusia ke penerima

Seorang pakar bedah di Amerika Syarikat menyarankan penggunaan dron supaya penghantaran organ manusia kepada penerima dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Nov 2018 08:26PM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 08:58PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang pakar bedah di Amerika Syarikat menyarankan penggunaan dron supaya penghantaran organ manusia kepada penerima dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Menurut Dr Joseph Scalea, organ manusia yang lazimnya tidak sampai pada waktunya kepada si penerima adalah kerana penggantungan kepada penerbangan komersil.

Pasukan Dr Scalea menguji penggunaan dron yang diubah suai bagi 14 misi penghantaran untuk menentukan jika ia berkesan dalam penghantaran buah pinggang antara dua hospital sejauh 4.8 kilometer.

Kesemua misi itu berjaya. Para doktor juga katanya boleh memantau keadaan organ manusia semasa penerbangan, menggunakan alat deria tanpa wayar.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita