Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pakaian jururawat tiada masalah, harap isu tidak terus diperbesar, kata Menteri Kesihatan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Pakaian jururawat tiada masalah, harap isu tidak terus diperbesar, kata Menteri Kesihatan M'sia

(Gambar: Malaysiakini/Mukhriz Hazim)

JOHOR BAHRU: Seragam jururawat di Malaysia mematuhi etika pemakaian penjawat awam, tidak ketat dan mematuhi syariah, jelas Menteri Kesihatan Malaysia Dr Zaliha Mustafa.

"Kalau tengok pakaian jururawat sekarang memang ada etika, bagi saya tiada masalah," lapor Utusan Malaysia, seperti dipetik Malaysiakini.

Menteri Kesihatan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor di Dewan Rakyat mengenai pakaian "ketat" jururawat Malaysia.

Menurut Encik Wan Razali, pakaian seragam itu menampakkan bentuk badan wanita dan tidak patuh syariah.

Cik Zaliha berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih mengutamakan soal mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai, menurut Malaysiakini.

"Sebaliknya yang paling penting sekarang adalah kerajaan telah meluluskan pembentangan Kertas Putih Kesihatan.

“Itu lebih utama kerana ia membincangkan tentang penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, adalah penting untuk mereka faham bahawa kesihatan rakyat menjadi tumpuan kerajaan Persekutuan ketika ini,” katanya.

Beberapa kumpulan profesional telah mengkritik kenyataan Encik Wan Razali. Antaranya Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang berkata pakaian seragam itu bertujuan untuk keselesaan dan fungsi.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan