Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pahang siap sedia hadapi risiko banjir lebih awal, kata Menteri Besar

Anggaran Waktu Membaca:
Pahang siap sedia hadapi risiko banjir lebih awal, kata Menteri Besar

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Nov 2022 08:25AM Dikemas Kini : 08 Nov 2022 08:26AM

MARAN: Semua jentera dan aset agensi penyelamat di Pahang sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan bencana banjir berlaku lebih awal daripada yang dijangka berikutan ramalan hujan berterusan mulai Selasa (8 Nov), kata Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata kerajaan negeri dan agensi terlibat sudah mengadakan taklimat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk persediaan sewajarnya. Peruntukan RM47 juta (S$13.9 juta) juga sudah diluluskan bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini. 

"Persediaan telah dilakukan dengan mengambil kira pengalaman banjir sebelum ini dan penambahbaikan yang dicadangkan pihak berkaitan termasuk oleh pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

"Agensi berkaitan juga telah menghantar bekalan makanan ke lokasi yang dikenal pasti berisiko terputus hubungan akibat banjir sebagai langkah awal,” katanya kepada media selepas menghadiri perjumpaan bersama jentera pilihan raya di Chenor, Maran, pada Isnin (7 Nov). 

Beliau mengulas mengenai persediaan banjir di Pahang selepas MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula Selasa hingga Jumaat (11 Nov).

Dalam perkembangan lain, Encik Wan Rosdy mengakui kemungkinan terdapat mangsa banjir sebelum ini yang belum menerima bantuan baik pulih rumah, namun secara keseluruhan bantuan itu sudahpun disampaikan kepada mereka yang layak. 

“Mungkin ada satu dua rumah yang belum menerima bantuan kerana masalah teknikal… Saya tidak nafikannya tetapi ia tidak mewakili keseluruhan mangsa banjir dan sebenarnya banyak yang telah kita bantu,” ujar beliau.

Encik Wan Rosdy berkata demikian bagi mengulas dakwaan calon Pakatan Harapan Parlimen Bentong Young Syefura Othman yang berkata terdapat mangsa banjir mengadu kepadanya masih belum menerima bantuan banjir selepas lebih 10 bulan bencana itu berlaku.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa