Pahang bakal bina taman semula jadi bagi harimau Malaya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
NEW DELHI: Negeri Pahang akan mewujudkan rizab alam semula jadi baru sebagai sebahagian daripada usaha Malaysia melindungi harimau Malaya yang terancam, menurut Pemangku Raja Pahang, Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada Ahad (9 Apr).
Pahang akan mewartakan sebuah taman negara baru seluas 1,340 kilometer persegi di kawasan hutan simpanan Gunung Aais dan Tekai Tembeling pada bulan ini serta tambahan kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk meningkatkan usaha pemuliharaan hidupan liar, dedah Raja Pahang semasa persidangan di selatan India.
"Taman baru ini akan menyediakan habitat selamat untuk menyokong pemulihan semula jadi populasi harimau Malaya dan spesies hidupan liar lain termasuk gajah, tapir dan gaur," kata Raja Hassanal.
Pusat pelepasan bertahap atau ‘soft release centre’, yang pertama seumpamanya di Malaysia, adalah sebahagian daripada pelan strategik untuk taman ini, dedah Raja Pahang selanjutnya.
Pemangku Raja Pahang itu turut menghadiri persidangan di Karnataka sempena 50 tahun Projek Harimau India.
Memuji inisiatif India untuk melindungi haiwan yang terancam itu, Tengku Hassanal menggariskan keperluan terhadap usaha lebih menyeluruh untuk menyelamatkan harimau Malaya.
“Ikon utama Malaysia itu pernah berjumlah lebih tiga ribu di seluruh semenanjung Tanah Melayu, tetapi hari ini, ia berada di ambang kepupusan,” dedah beliau sambil menambah bahawa tinjauan kerajaan antara 2016 dan 2020 mendapati hanya 150 ekor harimau Malaya yang masih hidup di hutan.
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia sudah mengambil "langkah bersepadu untuk memulihkan keadaan” yang menjejaskan ikon negara itu.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.