Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Paderi 59 tahun dituduh cabul gadis ditahan

Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul kehormatan seorang gadis yang datang mengurut di rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Paderi 59 tahun dituduh cabul gadis ditahan

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Dec 2018 12:19AM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 12:20AM

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi, bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul kehormatan seorang gadis yang datang mengurut di rumahnya.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 18 Dis lalu selepas gadis berusia 24 tahun berkenaan membuat aduan polis. Paderi terbabit akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada Jumaat (28 Dis).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa yang bekerja sebagai kerani pergi ke rumah paderi berkenaan, yang juga bapa angkat rakannya, bagi melakukan rawatan penyakit sendi pada 1 Dis lalu.

Dalam kejadian pada jam 2.00 petang itu, lelaki berkenaan mengurut kaki mangsa di ruang tamu rumah suspek sebelum dia bertindak membuka pakaian gadis tersebut kerana mendakwa perlu mengurut seluruh badan bagi melancarkan darah.

"Paderi itu mengurut seluruh badan mangsa sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu sambil mendakwa ia merupakan tempat tumpuan penyakit yang dihidapi mangsa," kata ACP Nik Ros Azhan.

Lelaki yang sudah berkahwin itu dikatakan turut berpesan kepada mangsa supaya tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa.

"Lelaki itu sebelumnya didakwa selalu menyentuh badan mangsa seperti pada bahu, dada dan punggungnya ketika mangsa pergi berjumpa kawannya di situ. Suspek juga didakwa selalu mengatakan mahu merogol mangsa," katanya.

Selain mangsa berkenaan, polis turut menerima satu aduan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang turut mendakwa dicabul lelaki tersebut.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut. Pihak polis juga sudah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan