Skip to main content

Dunia

Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pada pagi hari mengundi PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kawasan pengundian di bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah, pada Rabu (7 Dis) mengalami cuaca cerah pada pagi manakala di sebelah petang akan berlaku ribut petir atau hujan.
Di bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, cuaca diramalkan hujan pada sebelah pagi manakala di sebelah petang dijangkakan cuaca dalam keadaan baik.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata para pengundi dinasihatkan sentiasa peka kepada keadaan sekeliling khususnya cuaca.

“Rancang perjalanan ke tempat mengundi dengan sebaiknya dengan merujuk kepada maklumat cuaca serta ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia di pelbagai medium penyebaran rasmi jabatan."

“Keluarlah untuk mengundi dengan lebih awal sekiranya cuaca dijangka baik pada awal pagi. Jangan bertangguh kerana cuaca di kawasan tropika boleh berubah dengan pantas iaitu ribut petir berserta hujan lebat boleh terbentuk dan berlaku dalam jangka masa yang singkat,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa (6 Dis).

Encik Muhammad Helmi turut memaklumkan supaya orang ramai mengelakkan diri berada di tempat lapang seperti padang dan berlindung segera di struktur kukuh (bangunan).

“Selain itu, elakkan guna telefon atau kelengkapan elektrik, jauhi rod pengalir elektrik seperti tiang elektrik dan tangga besi serta struktur tinggi seperti pokok atau yang tidak kukuh,” katanya.

Hari ini (7 Dis) adalah hari mengundi di kawasan Parlimen Padang Serai serta DUN Tioman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian dijadual tamat pada 6.00 petang.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita