Padah panggang daging guna ekzos Lamborghini
Seorang pemilik Lamborghini di China menjadi terkenal sekelip mata apabila melakukan aksi memanggang daging langsung menggunakan ekzos kereta mewahnya itu.

Pemilik Lamborghini berkumpul dengan rakan-rakan beliau mengelilingi keretanya untuk 'berbarbeku'. (Petikan video: YouTube menerusi Malay Mail)
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik Lamborghini di China menjadi terkenal sekelip mata apabila melakukan aksi memanggang daging langsung menggunakan ekzos kereta mewahnya itu.
Tindakan lelaki tersebut bagaimanapunmeninggalkan lubang besar pada koceknya kerana terpaksa mengeluarkan belanja 500,000 yuan (S$104,000) untuk membaiki keretanya yang mengalami kerosakan.
Portal China, Sohu.com, melaporkan pemilik itu dan rakan-rakan beliau berkumpul di sebuah tempat letak kereta bawah tanah di Changsha, wilayah Hunan, untuk melakukan cubaan 'barbeku' menggunakan ekzos kereta.
Dalam satu video yang dimuat naik ke laman sosial, pemilik dan sekumpulan rakannya dilihat bersuka-suka memanggang kepingan daging menggunakan ekzos kereta dengan pemilik kereta mewah itu menekan enjin sekuat hati.
Bagaimanapun, enjin Lamborghini mudah menjadi panas jika ditekan berterusannya semasa kereta tidak bergerak.
Akibatnya, asap putih keluar dari kereta itu sebelum penyejuknya mula bocor dari bawah kenderaan. Pemiliknya dan rakan-rakan beliau yang terkejut melihat kesan tersebut akhirnya terpaksa menolak kereta itu ke trak tunda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.