Osaka, bandar kedua terbesar Jepun bergelut dengan gelombang baru COVID-19
Ini sedang para doktor yang keletihan memberi amaran tentang "kegagalan sistem" dan menasihatkan agar sukan Olimpik tidak dianjurkan pada musim panas ini.
Satsuki Nakayama, pengarah jabatan kejururawatan di Hospital Universiti Perubatan dan Farmaseutikal Osaka. (Gambar: REUTERS/Akira Tomoshige)
OSAKA, Jepun: Hospital-hospital di Osaka, iaitu bandar kedua terbesar Jepun, sedang bergelut dengan gelombang besar jangkitan baru COVID-19, sehingga menyebabkan masalah kekurangan katil dan alat bantuan pernafasan.
Ini sedang para doktor yang keletihan memberi amaran tentang "kegagalan sistem" dan menasihatkan agar sukan Olimpik tidak dianjurkan pada musim panas ini.
Rantau barat Jepun itu adalah tempat tinggal bagi sembilan juta penduduk yang berdepan gelombang keempat pandemik yang membentuk sepertiga angka kematian negara itu dalam bulan Mei. Ini meskipun ia membentuk hanya tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Jepun.
Sistem jagaan kesihatan Osaka yang dengan pantas dibelenggu masalah itu menggariskan cabaran-cabaran menganjurkan acara sukan global dalam tepoh dua bulan lagi, khususnya memandangkan hanya sekitar separuh kakitangan perubatan sudah menerima vaksin.
"Dalam erti kata lebih mudah, ini adalah kegagalan sistem perubatan," kata Pengarah Hospital Universiti Kindai di Osaka, Yuji Tohda.
"Varian Britain yang amat mudah berjangkit dan juga tahap kewaspadaan yang semakin berkurangan menjadi punca kenaikan jumlah pesakit."
Jepun telah berjaya membendung penularan besar yang dialami negara-negara lain. Namun gelombang keempat pandemik itu mengejutkan wilayah Osaka, dengan 3,849 ujian positif baru dalam minggu menjelang Khamis (20 Mei).
Jumlah itu adalah kenaikan lebih lima kali ganda berbanding tempoh sama tiga bulan lalu.
Hanya 14 peratus daripada 13,770 pesakit COVID-19 di wilayah itu sudah dimasukkan ke hospital. Kebanyakannya terpaksa menjaga diri sendiri.
Sebagai perbandingan, kadar kemasukan ke hospital di Tokyo adalah 37 peratus.
Kenyataan nasihat panel pemerintah menilai kadar kurang 25 peratus sebagai pencetus pertimbangan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.
Menjelang Khamis, 96 peratus daripada 348 katil di hospital Osaka dikhususkan untuk kes-kes serius COVID-19. Sejak Mac, 17 orang meninggal dunia akibat penyakit itu di luar hospital-hospital di wilayah tersebut, menurut para pegawai dalam bulan ini.
Para karyawan perubatan Osaka yang berada di barisan hadapan usaha membendung pandemik tidak menyokong acara Sukan Tokyo, yang dijadual berlangsung antara 23 Julai hingga 8 Ogos.
"Olimpik harus dihentikan kerana kita sudah gagal mencegah aliran varian baru dari England dan seterusnya mungkin varian dari India," tegas Akira Takasu, ketua bahagian perubatan kecemasan di Hospital Universiti Perubatan dan Farmaseutikal Osaka (OMPUH).
Beliau merujuk kepada varian yang pertama kali dikesan di India yang disifatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian membimbangkan selepas kajian-kajian awal menunjukkan ia boleh menular dengan lebih mudah.
"Dalam acara olimpik, 70,000 atau 80,000 atlit dan orang akan tiba dari merata dunia. Ini mungkin mencetuskan satu lagi bencana dalam musim panas."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.