'Orde baru dunia' muncul selepas pandemik, kata PM Modi dalam ucapan sempena Hari Kemerdekaan India
Anggaran Waktu Membaca:
Narendra Modi. (Gambar: Sajjad HUSSAIN/AFP)
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi pada Selasa (15 Ogos) berkata 'orde baru dunia' sedang muncul selepas pandemik COVID-19 dan ia mengubah kuasa global.
Beliau membandingkan transformasi itu dengan perubahan global yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua.
"Saya dapat melihat dengan jelas bahawa selepas Corona (COVID-19), orde baru dunia, orde baru global, persamaan geopolitik baharu, ia berkembang dengan sangat pantas.
"Semua tafsiran persamaan geopolitik sedang berubah, takrifan juga berubah," kata Encik Modi dalam ucapan Hari Kemerdekaan negara itu, yang disampaikan dari Red Fort di Delhi.
Encik Modi berkata keupayaan India dalam membentuk perubahan global sudah "kelihatan".
Beliau berkata jawatan India sebagai presiden G20 telah mempamerkan potensi India kepada dunia.
Bercakap mengenai konflik etnik di wilayah terpencil di timur laut Manipur, Perdana Menteri India itu berkata keadaan agak tenang sejak kebelakangan ini dan penyelesaian hanya akan muncul dengan mengekalkan keamanan.
"Selama beberapa hari ini, kami mendapat laporan tentang situasi aman yang berpanjangan. Negara ini bersama rakyat Manipur," kata Encik Modi.
Konflik itu menyebabkan kira-kira 180 orang maut manakala lebih 50,000 kehilangan tempat tinggal.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.