Skip to main content

Dunia

Orang tertua di Eropah sambut ulang tahun ke-117 setelah pulih COVID-19

Individu tertua di Eropah yang telah melalui dua perang dunia, Sister Andre, menyambut ulang tahunnya yang ke-117 pada Khamis (11 Feb) selepas pulih daripada COVID-19 bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang tertua di Eropah sambut ulang tahun ke-117 setelah pulih COVID-19

Warga emas tertua di Eropah yang pulih daripada COVID-19. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 09:41PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 09:43PM

TOULON, PERANCIS: Individu tertua di Eropah yang telah melalui dua perang dunia, Sister Andre, menyambut ulang tahunnya yang ke-117 pada Khamis (11 Feb) selepas pulih daripada COVID-19 bulan lalu.

Biarawati itu menyambut ulang tahunnya dengan sajian pencuci mulut kegemarannya, iaitu 'Baked Alaska'.

Dilahirkan sebagai Lucile Randon pada 11 Februari 1904, Sister Andre tidak menyedari dirinya dijangkiti COVID-19, yang turut meragut 10 nyawa selepas virus itu menjangkiti 81 penghuni rumah jagaan di Toulon, tenggara Perancis.

"Saya diberitahu bahawa saya dijangkiti. Saya sangat letih, itu benar, tetapi saya tidak menyedarinya," kata wanita itu.

Jurucakap rumah jagaan Sainte-Catherine-Laboure, Encik David Tavella, memberitahu Cik Andre mengalami "tiga pengasingan, di kerusi roda, di biliknya dan tanpa lawatan".

"Oleh itu, ulang tahunnya memberi semangat kepada kami," tambahnya, menyusuli penularan wabak itu.

Sister Andre berkata beliau tidak akan melakukan apa-apa yang istimewa sempena ulang tahunnya yang ke-117 namun rumah jagaan itu merancang satu sambutan untuknya.

Katanya, makanan kegemarannya adalah udang galah.

Dilahirkan di Ales dalam keluarga Protestan, beliau satu-satunya anak perempuan selain tiga adik beradik lelaki.

Antara kenangan terindahnya adalah kepulangan dua adik beradik lelakinya pada akhir perang dunia pertama.

"Ini jarang berlaku, dalam kalangan keluarga ... biasanya ada dua yang mati dan bukannya dua yang hidup. Kedua-duanya pulang," katanya kepada AFP tahun lalu, sempena ulang tahunnya ke-116.

Beliau ialah warga emas kedua tertua di dunia, menurut Kumpulan Kajian Gerontologi, selepas wanita dari Jepun, Kane Tanaka, berusia 118 tahun.

Ditanya apakah nasihatnya kepada golongan muda, beliau berkata: "Berani dan tunjukkan sikap belas kasihan."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita