Skip to main content

Dunia

Orang ramai tidak perlu bimbang, gempa bumi di Segamat bermagnitud lemah

Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai tidak perlu bimbang, gempa bumi di Segamat bermagnitud lemah

Catatan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi di Facebook mengenai gempa lemah pada pagi Ahad, 24 Ogos 2025. (Gambar: Onn Hafiz Ghazi/Facebook)

Diterbitkan : 24 Aug 2025 07:59PM Dikemas Kini : 24 Aug 2025 08:03PM
SINGAPURA: Satu gempa bumi lemah menggegarkan negeri Johor pada awal pagi Ahad (24 Ogos) dengan gegarannya turut boleh dirasakan di beberapa negeri lain di semenanjung Malaysia.

Para pakar berkata orang ramai tidak perlu bimbang, malah bagi rakyat Singapura yang merancang melakukan perjalanan ke Malaysia.

"Gempa bumi yang berlaku pada pagi tadi agak kecil, dan kejadian sedemikian jarang berlaku di kawasan itu dan biasanya menimbulkan risiko terhad kepada orang awam.

"Saya rasa sebarang gempa susulan, jika ada, dijangka sangat, sangat lemah," kata Pensyarah Kanan Geografi di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Nawaz Muhammad.

Gempa bumi itu berlaku di bahagian utara Johor, yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Melaka.

Bas-bas yang berlepas dari Singapura ke Melaka meneruskan perjalanannya seperti dijadualkan pada Ahad.

Para kakitangan yang ditemui Mediacorp berkata tiada perubahan dibuat terhadap laluan mahupun jumlah perjalanan.

Tiada sebarang pembatalan juga dibuat.
Sumber : CNA/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita