Orang ramai hadir beri penghormatan terakhir kepada mendiang Shinzo Abe
TOKYO: Orang ramai dilihat beratur panjang di luar Kuil Zojoji di Tokyo pada Selasa (12 Jul) bagi memberi penghormatan terakhir kepada mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, lapor Reuters.
Keiko Noumi, seorang guru berusia 58 tahun, antara mereka yang ke kuil tersebut. Menurutnya, semasa pemerintahan Encik Abe terdapat rasa selamat dalam kalangan penduduk negara ini.
"Saya benar-benar menyokongnya, jadi ini sangat dikesali," ujar beliau.
Upacara yang berlangsung pada 1.00 tengah hari (waktu Jepun) bagaimanapun dipercayai hanya dibuka kepada kalangan keluarga dan sahabat handai.
Kerajaan Jepun dijangka mengadakan upacara memperingati mendiang yang terbuka kepada umum pada satu tarikh yang belum ditetapkan.
Selesai upacara di kuil tersebut, jasad Encik Abe dibawa menaiki kereta ke seluruh Tokyo yang dipenuhi dengan reben hitam serta bendera Jepun.
Kereta mayat akan mengelilingi Nagatacho di mana terletak beberapa mercu tanda kerajaan seperti bangunan parlimen pertama mendiang memasuki sebagai ahli politik pada tahun 1993.
Ia juga merupakan pejabat Encik Abe sebagai perdana menteri dari tahun 2012 hingga 2020.
Encik Abe, 67 tahun, ditembak dari belakang ketika sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya di Nara.
Mendiang dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter susulan kejadian namun disahkan meninggal dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.