Orang ramai diingatkan jangan terpedaya akaun palsu media sosial Agong Malaysia
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) memaklumkan terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Tangkap layar yang memaparkan akaun palsu tersebut di platform X. (Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
Hal tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini (23 Feb).
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh 'scammers' untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” menurut hantaran itu.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor juga menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Ia turut menyatakan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat.
Dalam catatan yang sama, beberapa tangkap layar turut disertakan memaparkan akaun palsu tersebut di platform X bersama dengan hantaran-hantaran yang dibuat.
Sebelum ini, dilaporkan adanya akaun palsu yang menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Instagram.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.