Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Orang kuat nombor dua Al-Qaeda dibunuh di Iran; namun belum diakui secara terbuka

'Orang kuat' nombor dua Al-Qaeda yang didakwa terlibat dalam pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tanzania dan Kenya pada 1998 dibunuh secara rahsia di Iran pada Ogos lalu, lapor The New York Times pada Jumaat (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Orang kuat nombor dua Al-Qaeda dibunuh di Iran; namun belum diakui secara terbuka

Tehran. (Gambar: REUTERS/Gabriela Baczynska)

Diterbitkan : 14 Nov 2020 02:19PM Dikemas Kini : 14 Nov 2020 02:22PM

WASHINGTON: 'Orang kuat' nombor dua Al-Qaeda yang didakwa terlibat dalam pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tanzania dan Kenya pada 1998 dibunuh secara rahsia di Iran pada Ogos lalu, lapor The New York Times pada Jumaat (14 Nov).

Abdullah Ahmed Abdullah, yang dimasukkan dalam senarai pengganas yang paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ditembak mati di Tehran oleh dua ejen Israel atas arahan Amerika Syarikat dan perkara itu disahkan oleh para pegawai risikan kepada Times.

Serangan itu dilancarkan pada 7 Ogos pada ulang tahun pengeboman Afrika dan ia belum diakui secara terbuka oleh Amerika Syarikat, Iran, Israel atau Al-Qaeda.

Pemimpin kanan Al-Qaeda, yang juga dikenali sebagai Abu Muhammad al-Masri itu terbunuh bersama anak perempuannya, Miriam, iaitu isteri anak lelaki Osama bin Laden, Hamza bin Laden, menurut Times.

Sebelum ini, FBI menawarkan upah bernilai AS$10 juta (S$13 juta) untuk memperolehi sebarang maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Abdullah dianggap "perancang operasi paling berpengalaman dan berkebolehan yang belum diberkas oleh Amerika atau sekutu-sekutunya", menurut dokumen paling sulit daripada Pusat Antipengganasan Negara Amerika Syarikat pada 2008, menurut Times.

Pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat di Kenya dan Tanzania pada 1998 mengorbankan 224 orang dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.

Abdullah didakwa oleh juri besar persekutuan Amerika Syarikat pada lewat tahun itu atas peranannya dalam serangan tersebut. 

Sumber : AFP/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa