'Orang India tidak boleh ambil': Pasangan Muslim tidak dibenarkan ambil snek berbuka percuma; FairPrice mohon maaf
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Wikimedia Commons/Eddyisation dan Facebook/Farah Nadya)
SINGAPURA: NTUC FairPrice telah memohon maaf kepada sebuah pasangan Muslim selepas salah seorang kakitangannya berkeras mengatakan bahawa kudapan percuma yang disediakan untuk pelanggan Muslimnya semasa Ramadan, hanyalah untuk mereka yang berbangsa Melayu.
Encik Jahabar Shalih, 36 tahun, dan isterinya Farah Nadya, 35 tahun memberitahu Mediacorp bahawa mereka sedang berbelanja di cawangan NTUC FairPrice di Hab Tampines Kita (OTH) bersama dua anak kecil mereka pada Ahad (9 Apr) apabila seorang pekerja lelaki "mengusir" mereka daripada astaka kudapan tersebut.
Encik Jahabar berbangsa India manakala, Cik Farah, India-Melayu.
Cik Farah menceritakan pengalaman "buruknya" itu menerusi satu hantaran di Facebook, pada Ahad yang menarik lebih 500 reaksi.
"BUKAN UNTUK ORANG INDIA, CUMA MELAYU SAHAJA"
Bercakap kepada Mediacorp menerusi panggilan telefon pada Isnin (10 Apr), Encik Jahabar berkongsi bahawa beliau ingin meninjau-ninjau stesen "Iftar Bites" di pasar raya itu setelah dimaklumkan oleh isterinya mengenai inisiatif tersebut.
Kumpulan FairPrice memperkenalkan stesen "Iftar Bites" pada 23 Mac, yang menawarkan minuman percuma berserta kudapan atau kurma di 60 cawangannya bagi pelanggan Muslim sepanjang bulan Ramadan.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, pelanggan Muslim diberikan minuman dalam tin dan paket Milo, 30 minit sebelum dan selepas waktu berbuka. Ia diletakkan di atas meja di pasar raya tersebut, dengan papan tanda yang memaklumkan kepada pelanggan Muslim supaya mengambilnya sendiri untuk berbuka puasa.
Encik Jahabar berkata: "Saya mendekati meja untuk membaca apa yang (tertulis) di papan tanda tersebut kerana saya fikir ia adalah satu tawaran baik oleh NTUC. Sedang saya mula membacanya, kakitangan NTUC tersebut mendekati saya dan memberitahu saya 'bukan untuk orang India'
"Dia berkata 'Bukan untuk orang India hanya Melayu' dan saya menganggapnya pelik."
Encik Jahabar kemudian cuba untuk menjelaskan bahawa ada Muslim berbangsa India, dan kakitangan tersebut berkata dia "tidak berpendidikan" dan hanya menerima arahan daripada "orang atasan", kata Encik Jahabar lagi.
"Saya pun meninggalkan (tempat tersebut), rasa agak marah, dan terus berbelanja."
Beliau menambah: "Isteri saya percaya (insiden itu) patut dibangkitkan. Sebabnya bukan untuk memburukkan-burukkan kakitangan tersebut atau semata-mata ingin melakukan sesuatu, sebaliknya, harus ada tanggungjawab kerana anak lelaki saya sudah mula bertanya tentang hal sedemikian."
Encik Jahabar berkata anak lelakinya yang berusia lima tahun, sudah mula bertanya tentang perbezaan kaum dan agama.
Selepas insiden tersebut, Encik Jahabar dan isterinya memberitahu anaknya bahawa kakitangan tersebut tersilap, dan mereka juga tidak tahu apa sebenarnya sedang berlaku.
SELESAI SECARA AMAN: FAIPRICE
Menjawab pertanyaan Mediacorp berhubung insiden tersebut, FairPrice menyatakan bahawa ia maklum akan catatan di media sosial itu, sambil menambah bahawa pihaknya telah menghubungi pasangan tersebut bagi "menjawab kebimbangan mereka" dan menghuraikan hal tersebut "secara aman".
"Kami memandang serius perkara itu dan ingin memohon maaf di atas insiden itu. Kami telah juga memberi nasihat kepada kakitangan kami.
"Kami ingin menjelaskan bahawa Pek Iftar ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan Muslim sepanjang bulan Ramadan."
Pengendali pasar raya tersebut bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai bagaimana ia mengesahkan agama seseorang pelanggan itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.