Orang Asli kesal bantah cadangan Sultan Johor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
JOHOR BAHRU: Masyarakat Orang Asli kesal dengan tindakan Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) yang membantah cadangan menjadikan tanah mereka sebagai Tanah Kesultanan dengan melakukan demonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor, Iskandar Puteri pada 8 Mei lalu.
Wakil Tok Batin Kampung Orang Asli Kemidak, Hadi Baya berkata, tindakan JPOAJ itu tidak mewakili kira-kira 20,000 masyarakat Orang Asli yang terdapat di Johor Bahru, lapor Sinar Harian.
"Hari ini, kami mewakili seluruh penduduk Orang Asli negeri Johor tampil menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Apa yang dilakukan JPOAJ bukanlah budaya kami dan dibimbangi memberi gambaran negatif di kalangan masyarakat.
"Kami juga memohon untuk menghadap Tuanku bagi menyatakan kekesalan kami dan memohon keampunan dan menunjukkan sokongan kami kepada Tuanku Sultan Johor yang sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat Orang Asli Johor selama ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (26 Jun).
Beliau berkata, mereka akan sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan bagi pembangunan masyarakat Orang Asli melibatkan pendidikan, sosial ekonomi dan pembangunan.
Pada 16 Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah Orang Asli menjadi Tanah Kesultanan bagi mengelakkan eksploitasi.

Bagaimanapun pada 8 Mei lalu, sekumpulan Orang Asli membantah cadangan itu dan menghantar memorandum bantahan berkaitan Tanah Kesultanan kepada kerajaan Johor di Pejabat Menteri Besar Johor di Iskandar Puteri, seperti dinukil Sinar Harian.
Susulan itu, Pengerusi JPOAJ, Dolah Tekoi berkata, satu rundingan perlu diadakan segera antara pihaknya dengan kerajaan negeri berhubung cadangan tersebut.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.