Skip to main content

Dunia

Operasi tentera ke atas Syria: Britain adakan sidang kabinet khas

Perdana Menteri Britain Theresa May mengadakan sidang kabinet khas bagi membincangkan sama ada akan menyertai Amerika Syarikat dan Perancis dalam satu operasi tentera ke atas Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi tentera ke atas Syria: Britain adakan sidang kabinet khas
Diterbitkan : 12 Apr 2018 05:01PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 05:16PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May mengadakan sidang kabinet khas bagi membincangkan sama ada akan menyertai Amerika Syarikat dan Perancis dalam satu operasi tentera ke atas Syria.

PM May sebenarnya tidak perlu mendapatkan kelulusan parlimen bagi membuat keputusan tersebut.

Rusia sementara itu memberi amaran agar pihak Barat tidak menyerang sekutunya Syria, sambil menegaskan tiada serangan kimia ke atas bandar Douma, seperti yang dipaparkan di media sosial, Sabtu lalu.

Kapal-kapal perang Amerika sudahpun berlepas dari Norfolk, Virginia, di tengah-tengah ketegangan berhubung konflik di Syria itu.

Presiden Amerika Donald Trump memberi amaran kepada Rusia, Washington bersedia melancarkan peluru berpandu ke atas Syria sebagai tindak balas kepada serangan kimia yang katanya dijalankan Syria ke atas bandar Douma, Sabtu lalu (7 Apr).

Setiausaha Pertahanan Amerika James Mattis berkata siasatan bagi mencari bukti serangan kimia Syria itu, masih dijalankan.

Rusia sekutu rapat Syria sebelum ini berikrar untuk memusnahkan peluru-peluru berpandu yang dilancarkan Amerika ke atas Syria.

Siang tadi, Rusia mengumumkan pemerintah Syria sudahpun menguasai semula sepenuhnya bandar Douma dengan sekitar 1,500 orang meninggalkan bandar tersebut, sejak 24 jam yang lalu. 

Sumber : Agensi berita/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita