Operasi siber Iran sasar kempen Donald Trump, Kamala Harris
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/KAMIL KRZACZYNSKI/Grant Baldwin)
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Isnin (19 Ogos) menuduh Iran melancarkan operasi siber ke atas kempen pilihan raya kedua-dua calon presiden Amerika.
Ia bermatlamat untuk mencetuskan perbalahan politik.
"Kami menyaksikan aktviti yang agresif dari Iran yang semakin meningkat sepanjang tempoh pilhan raya ini," dedah Pejabat Pengarah Perisikan Negara dan Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam satu kenyataan bersama, yang menyelia benteng pertahanan sistem komputer pemerintah negara itu.
Kenyataan tersebut mengesahkan dakwaan awal bulan ini oleh pasukan kempen calon Republican, Donald Trump, yang menuduh Iran menggodam salah satu laman webnya, yang mendorong kepada siasatan FBI.
Ketika itu, Encik Trump berkata Iran "hanya mampu memperolehi maklumat umum".
Dalam kenyataan tersebut, Amerika turut mendedahkan bahawa Iran menyasarkan kempen Naib Presiden Kamala Harris, yang bakal menerima pencalonan Parti Democrat sebagai calon presiden secara rasmi di konvensyen parti tersebut minggu ini.
Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan yang menyangkal dakwaan itu sambil menuduhnya "tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang bukti kukuh.
"Seperti yang kami mengumumkan sebelum ini, Iran tidak menyimpan niat atau motif untuk mengganggu Pilihan Raya Presiden Amerika."
Menurut kenyataan itu, masyarakat risikan yakin bahawa Iran menggunakan kejuruteraan sosial serta kaedah lain untuk "mendapatkan akses kepada individu yang mempunyai maklumat tentang kempen calon presiden kedua-dua parti."
Ini termasuk mencuri dan mendedahkan maklumat yang"bertujuan untuk mempengaruhi proses Pilihan Raya Presiden Amerika," tambah kenyataan tersebut tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.