Skip to main content

Dunia

Operasi SAR hari keempat tanah jerlus Jln Masjid India: Teknik 'jetting' diguna selepas kesan objek tersekat di lurang

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi SAR hari keempat tanah jerlus Jln Masjid India: Teknik 'jetting' diguna selepas kesan objek tersekat di lurang

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di tapak insiden tanah jerlus Jalan Masjid India. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang selepas terjerlus di Jalan Masjid India, menggunakan teknik 'jetting' atau semburan bertekanan air tinggi di lurang kumbahan berhampiran bangunan Wisma Yakin, di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, teknik itu digunakan selepas pasukan SAR mendapati terdapat objek keras tersekat di lurang kumbahan terbabit ketika operasi dijalankan antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi Isnin (26 Ogos) lapor Astro AWANI.


"Sekarang ini tiada sebarang petunjuk yang ditemui dan Indah Water Konsortium (IWK) menggunakan teknik 'jetting' iaitu penyemburan tekanan air yang tinggi untuk memecahkan objek keras yang berada dalam paip pembetungan di lokasi kejadian.


"Teknik ini, kita tumpukan di "manhole" di Wisma Yakin ketika ini kerana awal pagi tadi kita menggunakan kamera bergerak ke dalam pembentungan kita masukkan di Wisma Yakin dalam jarak empat meter, kita nampak serpihan objek batu yang keras, menurut laporan Astro AWANI.


"Jadi dengan menggunakan teknik jetting untuk pecahkan serpihan objek supaya bila pecah, air itu akan turun ke bawah dan apa jua objek termasuk badan manusia akan melepasi objek ini," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai teknik 'flushing' yang dijalankan sejak Ahad, Sulizmie Affendy berkata, ia masih diteruskan sehingga kini melibatkan 10 lurang kumbahan.

Menurutnya lagi, sebuah pasukan khas yang dianggotai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan untuk menjalankan kajian struktur tanah terutamanya di sekitar kawasan kejadian.

Dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 tahun, hilang dipercayai terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, lapor Astro AWANI

Sumber : Agensi berita/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita