Operasi pencarian di Gunung Dukono dihentikan atas faktor keselamatan
Operasi pencarian bagi para pendaki yang masih hilang di Gunung Dukono dihentikan pada Jumaat (8 Mei) atas faktor keselamatan, menurut Ketua Agensi Pencarian dan Pertolongan Ternate.
Para anggota penyelamat bersiap sedia untuk menjalankan operasi selepas letusan Gunung Dukono di Halmahera Utara, Maluku Utara, pada 8 Mei 2026. (Gambar: Edaran/AFP/BASARNAS)
Polis tempatan sebelum ini menyatakan mereka dimaklumkan oleh para mangsa yang terselamat bahawa tiga individu, termasuk dua warga Singapura, maut dalam letusan tersebut.
Namun, tiada angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa setakat waktu senja pada Jumaat.
Gunung Dukono meletus pada pagi Jumaat.
Abu gunung berapi tersebut menjulang ke udara sedang pasukan penyelamat berlumba-lumba untuk mencari para individu yang terperangkap.
Seramai 20 pendaki berada di lereng gunung berkenaan ketika bencana itu berlaku, menurut polis tempatan kepada para wartawan. Lima belas daripada mereka berjaya dipindahkan.
Operasi pencarian di Gunung Dukono dijadual disambung semula esok, dengan pasukan penyelamat bergelut untuk menjalankan operasi pencarian bagi baki pendaki yang hilang kerana aktiviti gunung berapi masih lagi berterusan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.