Operasi pencarian bangkai Lion Air berterusan, identiti mangsa pertama dikenal pasti
Operasi pencarian bangkai pesawat Lion Air JT610 masih giat diteruskan setakat ini. Namun, pihak berkuasa Indonesia sudahpun dapat mengenal pasti identiti pertama mangsa pesawat malang itu menerusi ujian DNA pada Rabu (31 Okt), lapor Astro Awani.

Keluarga para mangsa pesawat Lion Air JT610 meneliti barangan peribadi penumpang. (Gambar: Beawiharta/Reuters)
JAKARTA: Operasi pencarian bangkai pesawat Lion Air JT610 masih giat diteruskan setakat ini. Namun, pihak berkuasa Indonesia sudahpun dapat mengenal pasti identiti pertama mangsa pesawat malang itu menerusi ujian DNA pada Rabu (31 Okt), lapor Astro Awani.
"Mangsa sudah dikenal pasti sebagai Jannatun Cintya Dewi, berusia 24 tahun, berasal dari Kacamatan Jawa Timur," kata Ketua Pusat Kedoktoran Kesihatan, Polis Indonesia Brigadier Jeneral Dr Arthur Tampi, seperti yang dipetik oleh agensi berita Bernama.
Menurut Astro Awani, mangsa yang dilahirkan di Sidoarjo pada 12 September 1994 dikenal pasti menerusi analisis cap jari. Anggota keluarga mangsa sudahpun dimaklumkan.
Buat masa ini, proses bagi mengenal pasti para mangsa pesawat JT610 masih dijalankan.
Pesawat itu dilaporkan terhempas ke dalam laut 13 minit sejurus selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta pada pagi Isnin (29 Okt).
Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu membawa seramai 189 penumpang dan anak kapal, dengan kesemua individu yang berada di dalam pesawat berkenaan dipercayai terkorban akibat nahas tersebut.
Meskipun alat sonar di kapal-kapal pengesan yang dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat sudah mengenal pasti isyarat ping, usaha pencarian kotak hitam masih belum mendatangkan hasil pada hari ketiga operasi itu, lapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.