Operasi pemerintah Amerika lumpuh selepas Kongres gagal lulus belanjawan; pertama kalinya dalam 7 tahun
Pemerintah Amerika Syarikat lumpuh buat pertama kalinya dalam tujuh tahun setelah para anggota Kongres gagal memecahkan kebuntuan berhubung pakej pembiayaan.
Bendera Amerika Syarikat kelihatan di Bangunan Capitol, beberapa jam sebelum penutupan sebahagian operasi pemerintah di Washington, DC, Amerika Syarikat, pada 30 September 2025. (Gambar: REUTERS/Jonathan Ernst)
Ia sekali gus menyebabkan ratusan ribu kakitangan berisiko kehilangan pekerjaan mereka.
Para senator Amerika gagal meluluskan usul pembiayaan sementara dalam satu pengundian yang dilakukan pada Rabu (1 Okt).
Ia merupakan ikhtiar terakhir untuk mengelakkan pemerintah daripada menutup operasinya.
Kemelut belanjawan itu tertumpu khususnya kepada perbelanjaan jagaan kesihatan.
Parti Democrat enggan menyokong satu rang undang-undang yang diusulkan Parti Republican.
Democrat menyatakan ia akan lebih menyukarkan rakyat Amerika untuk mendapatkan khidmat jagaan kesihatan yang dimampui.
Sebaliknya, Democrat menggesa bagi undang-undang melanjutkan manfaat kesihatan yang bakal tamat tempohnya menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, Presiden Donald Trump mengancam untuk memecat secara beramai-ramai kakitangan pemerintah.
"Kami boleh melakukan perkara-perkara semasa penutupan pemerintah ini, yang tidak boleh diputar balik, yang buruk untuk mereka dan tidak dapat dipulihkan oleh mereka, seperti memotong jumlah besar pekerja, mengurangkan perkara-perkara yang mereka suka, mengurangkan program-program yang mereka suka," kata Encik Trump.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.