Operasi pembenihan awan akan dilaksana di 13 kawasan di Sarawak, Kedah dan Perlis
Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan secara berperingkat di 13 kawasan melibatkan tiga negeri, bermula 3 hingga 5 September.
Operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Malaysia bagi menangani keadaan jerebu. (Gambar fail: Bernama)
Operasi itu bertujuan untuk menangani keadaan jerebu yang semakin memburuk serta membantu kawasan-kawasan yang terjejas akibat cuaca ekstrem.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan-kawasan yang terlibat ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak.
Manakala, kawasan yang terlibat di Kedah ialah Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris
Di Perlis, OPA akan dijalankan di Empangan Timah Tasoh.
Usaha tersebut akan dilaksanakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Tentera Udara Malaysia.
“OPA akan dijalankan dengan sesegera yang mungkin, dan kita akan meminta MetMalaysia memberikan nasihat … . Kita merasakan negeri Sarawak wajib dibantu kerana kebakaran di Kalimantan merebak terlalu luas dan menjejaskan kira-kira tiga perempat wilayah Sarawak,” kata beliau.
Encik Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Belia Desa 2026 di Shah Alam pada Selasa (1 Sep), yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Rubiah Wang.
Awal dari itu, media melaporkan lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi.
Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), setakat pukul 6.00 pagi pada Isnin, Kuching merekodkan bacaan IPU 405 diikuti Samarahan (369), Sri Aman (355) dan Sarikei (328).
Selain itu, empat lagi kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu dengan 298, Mukah (228), Samalaju (218) dan Bintulu (221).
Sementara itu, empat kawasan merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat dengan ILP Miri mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 184 diikuti Miri (178), Kapit (176) dan Limbang (166).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.