Skip to main content

Dunia

Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan pada Isnin (10 Nov) dengan radius pencarian diperluaskan kepada 255.66 batu nautika persegi.
Anggaran Waktu Membaca:
Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan. (Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
Diterbitkan : 10 Nov 2025 10:48AM
  • Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan pada Isnin (10 Nov) dengan radius pencarian diperluaskan kepada 255.66 batu nautika persegi.
  • Enam agensi terlibat dalam operasi berkenaan, dengan lima aset Maritim Malaysia digerakkan iaitu KM Siangin, PERKASA 1224, PETIR 81, PERKASA 1226 dan CL 415 - SUMS APMM.
  • Setakat Ahad malam, tujuh pendatang haram ditemukan maut, manakala 13 lagi berjaya diselamatkan.
  • Sebelum ini, operasi dilancarkan susulan kejadian sebuah daripada tiga bot yang dipercayai membawa kira-kira 300 imigran karam berhampiran Pulau Tarutao, di perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia.
Dijana oleh AI
ALOR SETAR: Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Langkawi diteruskan pada Isnin (10 Nov) dengan radius pencarian diperluaskan kepada 255.66 batu nautika persegi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang memasuki hari kedua itu disambung semula pada pukul 7.30 pagi.

Enam agensi terlibat dalam operasi berkenaan, dengan lima aset Maritim Malaysia digerakkan iaitu KM Siangin, PERKASA 1224, PETIR 81, PERKASA 1226 dan CL 415 - SUMS APMM.

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu turut menggerakkan tiga aset (PSC 20, RH 68 dan PLC 5); Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) satu aset, KD Ledang; Jabatan Perikanan satu aset, DOF 2511; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) satu aset bot Kevlar; manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) satu aset bot RIB.

Setakat Ahad malam, tujuh pendatang haram ditemukan maut, manakala 13 lagi berjaya diselamatkan.

Sebelum ini, operasi dilancarkan susulan kejadian sebuah daripada tiga bot yang dipercayai membawa kira-kira 300 imigran karam berhampiran Pulau Tarutao, di perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita