Skip to main content

Dunia

Operasi mencari 3 mangsa tragedi bot terbalik diteruskan

 Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi bot terbalik Isnin lalu, kira-kira 12.6 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin, Bachok, disambung semula pada jam 6.00 pagi Rabu (1 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi mencari 3 mangsa tragedi bot terbalik diteruskan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 11:55AM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 12:04PM

KOTA BHARU: Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dikhuatiri lemas dalam tragedi bot terbalik Isnin lalu, kira-kira 12.6 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin, Bachok, disambung semula pada jam 6.00 pagi Rabu (1 Jul).

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata pencarian yang masuk hari ketiga hari ini akan diperluaskan ke radius 324 batu nautika persegi dari tempat bot tersebut ditemukan.

"Pencarian hari ini akan ditingkatkan lagi dan APMM telah menggariskan sektor-sektor tertentu bagi memudahkan pencarian oleh pasukan SAR (Mencari Dan Menyelamat).

"Kita juga telah meminta bantuan daripada agensi penyelamat Thailand untuk melakukan pencarian dalam kawasan negara tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan beberapa bot serta sebuah pesawat Bombardier milik APMM dalam usaha pencarian tiga lagi mangsa yang belum ditemukan iaitu Encik Arman Ismail, 43, Encik Harun Daud, 60-an dan Encik Che Wadi Bakar, 40-an.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan sejak operasi mencari dan menyelamat dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Sementara itu, 12 daripada 20 mangsa pula selamat dalam kejadian tersebut, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 dengan 60 tahun. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita