Operasi "luar biasa dan cemerlang" pastikan perjalanan rohani jemaah haji lebih lancar, selesa, selamat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: FADEL SENNA / AFP)
MINA: Perancangan operasi haji tahun ini menampilkan pelbagai ciri-ciri penting, yang sekali gus berjaya membawa kepada musim haji yang lancar, selesa dan selamat.
Semasa satu majlis tahunan yang dianjurkan oleh Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Mohammed Bin Salman di Istana Mina pada Isnin (17 Jun), para pemimpin yang terlibat dalam pelbagai aspek pengurusan haji tahun ini berkongsi antara ciri-ciri tersebut.
Menteri Haji dan Umrah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Program Doyof Al-Rahman, Dr Tawfiq Al-Rabiah, berkongsi bahawa beliau menyemak semula perancangan kementeriannya serta aturan pertubuhan bagi semua pejabat ehwal haji. Ini menyumbang kepada pemprosesan jauh lebih pantas dan lebih awal bagi kontrak-kontrak penyedia khidmat haji berbanding tahun-tahun sebelum ini.
PMO SELARAS LEBIH 50 AGENSI KERAJAAN
Pejabat Pengurusan Projek Haji (PMO) juga ditubuhkan untuk menyelaras lebih 50 agensi kerajaan untuk berkhidmat kepada para jemaah.
Lebih 300 pelan kerja diserahkan, termasuk semua prosedur dan khidmat. Tiga latihan besar-besaran bagi meletakkan para jemaah dalam kumpulan juga dijalankan, dengan penyertaan 15,000 bas yang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk melakukan simulasi pergerakan bas semasa musim haji. Ini membantu memastikan kesediaan sektor-sektor tersebut, lapor Saudi Gazette.
Sebanyak 11 bangunan kediaman juga dibina di Mina dan ia boleh menampung 37,000 jemaah, tambah Dr Tawfiq, seperti yang dipetik Saudi Gazette.
"Berdasarkan arahan Putera Mahkota supaya kami memberi perhatian kepada keselamatan dan keselesaan para jemaah, Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah, melancarkan kempen tahun ini 'Tiada haji tanpa permit'. Ini bertujuan mengawal fenomena jemaah haji haram semasa musim haji. Kempen ini mencapai matlamatnya dengan berjaya," kata beliau.
KAD NUSK BEZAKAN JEMAAH SAH, TIDAK SAH
Dr Tawfiq berkata tahun ini kementerian itu melancarkan kad pengenalan identiti digital dipanggil Nusk. Kad itu mengandungi maklumat mengenai jemaah dan khidmat-khidmat yang disediakan untuknya. Ini membolehkan pihak berkuasa memberikan khidmat yang diperlukan dengan segera dan berkesan.
"Kad ini mengandungi ciri-ciri keselamatan khas yang membantu pihak berkuasa mengenal pasti antara jemaah yang sah dengan yang tidak sah," ujar beliau.
Merujuk kepada Inisiatif Laluan Makkah, Dr Tawfiq berkata dia diperluaskan untuk meliputi tujuh negara dan 11 lapangan terbang, yang menerusinya lebih 316,000 jemaah tiba di Arab Saudi tahun ini.
Para jemaah itu melengkapi prosedur kemasukan dari lapangan terbang di negara mereka dan dibawa ke tempat penginapan di Makkh dan Madinah dengan cara yang lebih mudah.
PARA PEMIMPIN UCAP TERIMA KASIH ATAS PENGURUSAN CEMERLANG
Mewakili Liga Muslim Sedunia, Mufti Besar Mesir Dr Shawki Ibrahim Allam, mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota atas layanan baik yang diberikan kepada para hadiri majlis itu serta pengurusan haji yang juga baik.
"Ini membantu kami menjalankan ibadah dengan ketenangan dan suasana ini akan kekal, dengan begitu jelas, dalam ingatan setiap jemaah sebagai perjalanan kerohanian yang paling suci," kata beliau.
Presiden Penguasa Iraq bagi Haji dan Umrah, Sheikh Sami Al-Masoudi, semasa berucap juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota atas "usaha luar biasa dan cemerlang" kepada para jemaah untuk memastikan perjalanan kerohanian mereka lebih mudah dan selesa.
Sheikh Sami menekankan bahawa delegasi haji ingin menjalin kerjasama tetap dengan Kementerian Haji dan Umrah untuk memenuhi semua peraturannya dalam aspek perkhidmatan juga pertubuhan, lapor Sudi Gazette.
"Dari tempat suci ini, dan di depan anda, Putera Mahkota, kami, ketua pejabat-pejabat Ehwal Haji, mengesahkan komitmen penuh kami kepada semua peratusan atau arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan yang menguruskan haji dan memastikan keselamatan para jemaah, termasuk menjauhi sebarang slogan politik atau puak yang boleh mengganggu ketenteraman haji serta keselamatan para jemaah. Kami sentiasa bersama anda," kata Sheikh Sami.
Majlis tahunan itu dihadiri oleh para pemimpin dan ketua negara dana ini termasuk Ketua Delegasi Haji Singapura, Dr Mohamad Maliki Osman, Naib Presiden Gambia Mohammed Jallow; Perdana Menteri Nigeria Ali Lamine Zaine; Perdana Menteri Yaman Ahmad Awad bin Mubarak; mantan Presiden Somali Sharif Sheikh Ahmed; mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, speaker Dewan Rakyat dan parlimen dari beberapa negara Islam.
LEBIH 78,800 PANGGILAN PADA HARI KE-10 ZULHIJJAH
Dalam satu acara berasingan, iaitu sidang media harian Kementerian Dalam Negeri Saudi bagi musim haji tahun ini, jurucakap keselamatan Kolonel Talal Al-Shalhoub memuji usaha sektor-sektor keselamatan.
Beliau mendedahkan bahawa Pusat Operasi Keselamatan Bersatu (911) di daerah Makkah menerima sebanyak 78,872 panggilan pada hari kesepuluh Zulhijjah. Ini termasuk aduan keselamatan, pertanyaan mengenai khidmat dan soalan-soalam umum, yang semuanya sudah ditangani.
Menurut Timbalan Setiausaha Rendah Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Haji Ayed Al-Ghuwaynem pula acara korban dianjurkan mengikut piawaian alam sekitar tertinggi, menggunakan sistem moden dan termaju untuk menguruskan sisa haiwan. Ia merupakan sebahagian daripada Projek Kerajaan Arab Saudi untuk Penggunaan Hady dan Atahi, dengan kapasiti melebihi 1 juta korban.
KERETA API MASHAER LANCAR
Jurucakap Sistem Khidmat Pengangkutan dan Logistik dalam musim Haji ini Saleh Al-Zuwaid juga menjelaskan bahawa pelan pengendalian bagi kereta api Mashaer berjalan lancar.
Setakat 17 Jun, kereta api itu sudah beroperasi pada hari keempat, menyediakan perjalanan yang selesa bagi para jemaah.
Dalam tempoh 24 jam setakat 17 Jun, lebih 305,000 jemaah dipindahkan dari Arafah ke Muzdalifah dan lebih 360,000 jemaah dihantar dari Mudzalifah ke Mina.
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain itu meneruskan operasi seperti yang dirancang, dengan lebih 3,800 perjalanan sepanjang musim haji ini, lapor Saudi Gazette.
Ia menyediakan lebih 1.6 juta tempat duduk dan dijangka mencapai kapasiti operasi tertinggi pada 13 Zulhijjah, dengan 126 perjalanan dalam sehari.
Fasa kedua dalam perancangan operasi bagi musim haji tahun ini akan mula mengaturkan kepulangan para jemaah menerusi enam lapangan terbang domestik dan antarabangsa.
Rancangan untuk meluaskan inisiatif "Haji tanpa Beg" yang berkhidmat kepada 700,000 jemaah tahun lalu, turut ditekankan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi Mohammed Al-Abdulaali menyatakan bahawa keadaan kesihatan dan epidemiologi dalam musim haji tahun ini turut meyakinkian.
Beliau berkata bahwa tiada penyakit yang memberi kesan kepada kesihatan awam dilaporkan dalam kalangan jemaah.
Namun, beliau melaporkan 2,764 kes tekanan haba dan strok haba akibat suhu tinggi di Arab Saudi.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.