Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi lapangan terbang di Manila dijangka pulih dalam tiga hari

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi lapangan terbang di Manila dijangka pulih dalam tiga hari

Para penumpang menunggu maklumat lanjut berhubung penerbangan mereka di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Pasay, Metro Manila pada 1 Januari 2023. (Gambar: Kevin Tristan Espiritu/AFP)

ISTANBUL: Perkhidmatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina yang terjejas susuli krisis elektrik, dijangka pulih sekurang-kurangnya dalam tempoh 72 jam.

“Setakat Ahad (1 Jan), kami menerima kira-kira 20 ketibaan dalam masa sejam. Pada masa ini, kami hanya menerima 15 ketibaan sejam tetapi tiada had untuk pelepasan," kata pengurus besar pihak berkuasa lapangan terbang Cesar Chiong kepada penyiar tempatan ABS-CBN pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Lapangan terbang utama di Manila itu mengalami gangguan bekalan elektrik pada Ahad yang menjejaskan penerbangan selain menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas.

"Berdasarkan pengalaman kami dalam bencana taufan sebelum ini, syarikat penerbangan memerlukan sekurang-sekurangnya 72 jam untuk mengatasi masalah gangguan bagi membolehkan operasi pulih seperti biasa," kata Encik Chiong.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan