Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi 'kejar masa' cuba selamatkan anak kecil terjatuh dalam perigi

Para penyelamat edang mencari seorang budak dua tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 100 meter di selatan Sepanyol, dalam satu misi mengejar masa yang menarik perhatian seluruh negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi 'kejar masa' cuba selamatkan anak kecil terjatuh dalam perigi

Perigi sempit berukuran 25 sentimeter (Gambar: Bomberos de Malaga)

Diterbitkan : 16 Jan 2019 01:33PM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 01:36PM

MADRID: Para penyelamat edang mencari seorang budak dua tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 100 meter di selatan Sepanyol, dalam satu misi mengejar masa yang menarik perhatian seluruh negara.

Budak itu, Julen, dilaporkan hilang pada Ahad (13 Jan) semasa keluar bersiar-siar bersama keluarganya di ladang kepunyaan seorang saudaranya, menurut akhbar Sepanyol El Pais. Budak itu dikatakan terjatuh ke dalam lubang seluas 25 meter dan saudara-mara di situ tidak dapat menyelamatkannya daripada terjatuh.

Ahli bomba sejauh ini hanya dapat menemui sebungkus gula-gula yang dibawa budak itu sebelum dia terjatuh ke dalam perigi itu, menurut wakil pemerintah Sepanyol di wilayah Malaga, Maria Gamez.

"Amat sejuk, lembap, tidak mudah melakukan pencarian di luar sana ... Tiada sesiapa yang bersedia secara teknikal untuk menyelamatkan seseorang dari ruang sebegitu sempit," tambah beliau.

Para penyelamat juga berhati-hati untuk tidak menutup perigi itu dengan tanah secara tidak sengaja semasa mereka mencari budak itu, tambah Cik Gamez.

Dua kamera yang diturunkan ke dalam perigi itu juga gagal mengesan budak itu.

Perigi itu digali sebulan lalu sebagai sebahagian daripada kerja-kerja yang dijalankan dan tidak ditutup atau dikawal, menurut laporan media tempatan.

Ibu bapa budak itu "sangat bersedih" dan sedang menerima kaunseling oleh sepasukan ahli psikologi.

Operasi mencari akan diteruskan sehingga budak itu ditemui.

Pasukan penyelamat dilaporkan sedang menimbangkan untuk menggali lubang di sebelah perigi berkenaan untuk cuba sampai ke budak itu.

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Insiden ini kecelakaan kedua yang menimpa ibu bapa Julen. Kurang dua tahun lalu, seorang lagi anak lelaki mereka meninggal dunia, menurut penduduk tempatan.

Anak mereka, Oliver, dilaporkan meninggal dunia secara mendadak pada 2017 semasa bersiar-siar dengan ibu bapanya.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menulis di Twitter bahawa beliau turut "berduka" denghan keluarga budak itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan