Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi di CIQ semakin lancar, dedah Onn Hafiz

Anggaran Waktu Membaca:
Operasi di CIQ semakin lancar, dedah Onn Hafiz

(Gambar: Facebook/Onn Hafiz Ghazi)

JOHOR BAHRU: Operasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata beliau menerima maklum balas yang positif berhubung kecekapan dan kesiapsiagaan operasi di kedua-dua pintu masuk itu.

Beliau berkata isu kesesakan di laluan antara Johor dan Singapura itu dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan dengan kerjasama strategik dan berterusan daripada semua pihak.

"Meskipun isu kesesakan ini semakin baik di kedua-dua CIQ, ini tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh. 

"Komitmen perlu diteruskan dan tahap kesiapsiagaan perlu dikekalkan bagi memastikan operasi keluar masuk sempadan negara sentiasa lancar agar ia dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook, pada Selasa (4 Jun).

Encik Onn Hafiz pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang sudah membantu memastikan kelancaran di kedua-dua CIQ tersebut.

 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan