Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Operasi cari mangsa runtuhan salji Tibet dihentikan, angka korban naik kepada 28

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Operasi mencari dan menyelamat runtuhan salji yang menjejas pelawat di lebuh raya Tibetan sudah dihentikan, lapor media negara China.

Angka kematian runtuhan salji yang berlaku pada Selasa (17 Jan) itu meningkat kepada 28 orang.

Kejadian malang itu berlaku di laluan keluar terowong di lebuh raya tenggara Tibet, pada petang Selasa, menyebabkan sejumlah mangsa terperangkap di dalam kenderaan mereka.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China mengerahkan sebuah pasukan keselamatan bencana ke wilayah itu pada keesokan harinya.

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 5.30 petang pada Jumaat," lapor Xinhua, memetik pasukan menyelamat.

Para pakar dari ibu pejabat menyelamat kecemasan tempatan menjelaskan bahawa kejadian runtuhan salji itu di Terowong Duoxiongla, dipercayai berpunca daripada angin kencang dan suhu yang melonjak pada Selasa.

Runtuhan salji kerap berlaku di Banjaran Himalaya, di mana terletaknya gunung tertinggi di dunia.

Oktober lalu, sekurang-kurangnya 26 orang peserta ekspedisi mendaki gunung maut selepas terperangkap dalam runtuhan salji di Gunung Draupadi ka Danda-II di Uttarakhand, utara India.
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan