Operasi cari kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa dihentikan
Syarikat penerbangan Lion Air menghentikan operasi mencari kotak hitam kedua pesawat Boeing miliknya yang terhempas di Laut Jawa pada Oktober lalu.
JAKARTA: Syarikat penerbangan Lion Air menghentikan operasi mencari kotak hitam kedua pesawat Boeing miliknya yang terhempas di Laut Jawa pada Oktober lalu.
Pihak berkuasa Indonesia tidak memberikan sebab mengapa pencarian itu dihentikan.
Nahas itu meragut nyawa kesemua 198 orang penumpang dan kakitangan.
Bulan lalu, Lion Air menyatakan ia membiayai operasi mencari kotak hitam itu, menggunakan kapal bekalan lepas pantai, dengan kos AS$ 2.6 juta (S$3.55 juta).
Penerbangan JT610 itu terputus hubungan dengan menara kawalan 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta untuk ke bandar Pangkal Pinang.
Pihak berkuasa penerbangan Indonesia menyatakan pesawat Boeing itu mengalami masalah teknikal bagi penerbangan-penerbangan sebelumnya.
Siasatan masih diteruskan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.