Operasi banteras rasuah besar-besaran Arab Saudi berakhir
Arab Saudi sudah menamatkan operasi membanteras rasuah secara besar-besaran yang diarahkan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.
ARAB SAUDI: Arab Saudi sudah menamatkan operasi membanteras rasuah secara besar-besaran yang diarahkan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman.
Dilancarkan pada November 2017, operasi tersebut dilaporkan sudah menghasilkan AS$106 bilion (S$143 bilion) selepas berjaya mencapai jalan penyelesaian dengan puluhan putera, menteri dan para peniaga.
Menurut kenyataan Istana Saudi, hasil operasi tersebut, 381 sudah dipanggil sebagai saksi.
Tanpa memberikan butiran nama, 87 orang sudah mengaku bersalah terhadap dakwaan-dakwaan ke atas mereka dan telah mencapai penyelesaian menerusi rampasan harta, aset atau saham perniagaan mereka.
Kempen anti rasuah Saudi secara besar-besaran itu juga membolehkan pihak pendakwa melanjutkan prosiding undang-undang ke atas 56 tertuduh yang ada kes jenayah.
Lapan lagi yang enggan menerima tawaran penyelesaian pihak berkuasa juga akan didakwa atas kesalahan rasuah.
Mereka yang ditahan tetapi sedia mencapai penyelesaian, sudahpun dibebaskan secara bertahap tahap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.