OpenAI rancang bantu buka pusat data baharu di UAE
Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat induk ChatGPT ini dijangka menjadi salah satu penyewa utama bagi kampus pusat data 5-gigawatt di Abu Dhabi (Gambar: AFP)
REUTERS: OpenAI merancang untuk membantu membangunkan sebuah pusat data baharu besar-besaran di Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang akhirnya mungkin menjadi salah satu terbesar di dunia, lapor Bloomberg News pada Jumaat (16 Mei).
Syarikat induk ChatGPT itu dijangka menjadi salah satu penyewa utama bagi kampus pusat data 5-gigawatt di Abu Dhabi, menurut laporan itu yang menukil beberapa individu berpengatahuan berhubung perkara itu.
Penyertaan syarikat yang disokong Microsoft itu belum dimuktamadkan namun satu pengumuman rasmi mungkin akan dibuat dalam tempoh penggal terdekat, menurut laporan tersebut.
OpenAI tidak segera membalas permohonan Reuters untuk mendapatkan komen.
Pada Khamis (15 Mei), UAE dan Amerika Syarikat memeterai perjanjian bagi negara Teluk itu untuk membina kampus AI yang terbesar di luar Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/HA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.