OpenAI maklumkan lebih 100 pertubuhan mengenai aktiviti agen AI tanpa kebenaran
Logo OpenAI dipaparkan semasa sidang puncak teknologi Dreamforce 2026 di San Francisco, Amerika Syarikat, pada 17 September 2026. (Gambar fail: REUTERS/Carlos Barria)
- OpenAI memaklumkan lebih 100 pertubuhan tentang aktiviti tanpa kebenaran yang dikaitkan dengan agen AI miliknya, ketika syarikat AI semakin diteliti.
- Semakan menyeluruh dibuat selepas insiden penggodaman Hugging Face yang tidak disengajakan, yang dianggap kes paling serius setakat ini.
- Syarikat itu meneliti kira-kira 50 petabait data untuk memahami sejauh mana agen AI bertindak di luar batas ditetapkan.
- OpenAI berkata beberapa model menggunakan internet secara tidak dimaksudkan atau kurang sekatan, lalu memperkenalkan langkah teknikal dan operasi baharu.
WASHINGTON: OpenAI memaklumkan lebih 100 pertubuhan mengenai beberapa insiden aktiviti tanpa kebenaran yang dikaitkan dengan agen kecerdasan buatan (AI) syarikat itu, menurut catatan blog pembangun ChatGPT tersebut.
Perkembangan itu berlaku ketika syarikat-syarikat AI berdepan penelitian lebih ketat mengenai risiko agen AI yang bertindak di luar arahan atau kawalan yang ditetapkan.
Berikut beberapa perkara yang diketahui:
• Syarikat yang diterajui Sam Altman itu sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap aktiviti model-model AI syarikat tersebut selepas insiden penggodaman Hugging Face yang berlaku secara tidak sengaja.
• OpenAI sedang meneliti kira-kira 50 petabait data untuk memahami sejauh mana agen AI mungkin melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.
• Beberapa insiden berprofil tinggi melibatkan agen AI sejak beberapa bulan kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan dalam industri mengenai keupayaan syarikat AI mengawal model-model yang semakin berkuasa.
• OpenAI menyatakan dalam sesetengah kes, model AI menggunakan akses internet dengan cara yang tidak dimaksudkan atau tidak mempunyai sekatan yang mencukupi.
• Sejak beberapa bulan lalu, syarikat itu sudah melaksanakan langkah teknikal dan operasi baharu untuk mencegah kejadian serupa atau mengesannya dengan lebih awal. OpenAI menyatakan usaha tersebut akan diteruskan.
• OpenAI sebelum ini menyatakan bahawa semakan itu mungkin mengambil masa selama beberapa bulan untuk diselesaikan disebabkan oleh skala siasatan yang besar.
• Insiden melibatkan Hugging Face kekal sebagai kes paling serius setakat ini yang dikenal pasti OpenAI melibatkan agen AI bertindak di luar batas yang ditetapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.