Skip to main content

Dunia

OpenAI lancar 'ChatGPT for Teens' dengan kawalan ibu bapa, perlindungan dipertingkat

Anggaran Waktu Membaca:
OpenAI lancar 'ChatGPT for Teens' dengan kawalan ibu bapa, perlindungan dipertingkat

Ikon aplikasi ChatGPT dalam ilustrasi yang dirakam pada 5 Jun 2026. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 18 Aug 2026 10:03PM
  • OpenAI melancarkan 'ChatGPT for Teens' pada 18 Ogos di San Francisco, khusus untuk remaja berumur 13 hingga 17 tahun.
  • Versi ini menawarkan ciri pembelajaran, peringatan penggunaan AI secara bertanggungjawab, serta mod pembelajaran interaktif.
  • Kawalan ibu bapa dipertingkat, membolehkan akaun ibu bapa dipautkan, menetapkan waktu senyap, dan menerima notifikasi keselamatan tanpa memantau perbualan anak.
  • Langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap risiko AI kepada remaja dan beberapa saman terhadap OpenAI berkaitan keselamatan kanak-kanak.
Dijana oleh AI
SAN FRANCISCO: OpenAI pada Selasa (18 Ogos) memperkenalkan 'ChatGPT for Teens', yang direka khusus untuk pengguna remaja dengan perlindungan keselamatan dan kawalan ibu bapa yang dipertingkat.

Versi itu akan digunakan secara automatik apabila seseorang pengguna dianggarkan berusia bawah 18 tahun atau menyatakan usia mereka antara 13 dengan 17 tahun.

Menurut OpenAI, 'ChatGPT for Teens' direka untuk menggalakkan pemikiran kritis serta membantu remaja mendapatkan sokongan dalam kehidupan sebenar.

"Kami yakin AI harus memperluas peluang pendidikan. Justeru, kami mereka bentuk 'ChatGPT for Teens' untuk membantu pada waktu di luar bilik darjah apabila bantuan tidak sentiasa tersedia, sambil memastikan remaja terus terlibat dalam proses pembelajaran yang aktif dan kolaboratif," menurut OpenAI.

CIRI PEMBELAJARAN, KAWALAN IBU BAPA

'ChatGPT for Teens' menyediakan beberapa ciri pendidikan, termasuk mod pembelajaran yang membimbing pengguna dalam proses pembelajaran.

Ia turut menyediakan peringatan mengenai penggunaan AI secara bertanggungjawab ketika melakukan kerja sekolah, kuiz dan bahan pembelajaran visual serta membolehkan masa khusus ditetapkan untuk belajar.

OpenAI juga meningkatkan kawalan ibu bapa dengan membolehkan akaun ibu bapa atau penjaga dihubungkan dengan akaun remaja.

OpenAI menambah bahawa ia meningkatkan ciri kawalan yang membolehkan ibu bapa pautkan akaun, menetapkan 'Waktu Senyap' (Quiet Hours) dan mengurus tetapan tertentu.

Mereka juga boleh menerima pemberitahuan keselamatan dalam keadaan tertentu yang berisiko tinggi.

Namun, kawalan tersebut tidak membolehkan ibu bapa membaca atau memantau perbualan anak mereka di ChatGPT.

Langkah itu diperkenalkan sedang syarikat-syarikat teknologi berdepan penelitian berhubung risiko penggunaan chatbot AI, terutama dalam kalangan golongan muda.

OpenAI turut berdepan beberapa saman yang mendakwa ChatGPT mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Pakar pula memberi amaran mengenai risiko terlalu bergantung kepada sistem automatik untuk mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan mental.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita